Mahkamah Sesyen/Majistret Bandar Baru Bangi mula beroperasi pada tahun 2002 dan terdiri daripada sebuah Mahkamah Sesyen dan sebuah Mahkamah Majistret dengan 23 orang kakitangan termasuk pegawai dan kakitangan sokongan. Bidangkuasa wilayah Mahkamah Sesyen/Majistret Bandar Baru Bangi merangkumi Daerah Hulu Langat dan hanya mendengar kes-kes sivil sahaja.